GAGAL PEMBAYARAN HUTANG ASET DSV BAKAL DISITA

 GAGAL PEMBAYARAN HUTANG ASET DSV BAKAL DISITA



Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV), kini berdepan dengan isu penyitaan banglo mewahnya di Ipoh akibat tunggakan hutang bernilai RM1 juta. Rumah tersebut dikatakan telah disita oleh pihak berkuasa selepas kegagalan beliau melunaskan bayaran berkenaan. Selain itu, beberapa aset lain seperti kereta mewah juga turut dirampas sebagai langkah melangsaikan hutang tersebut.

                                                       Gambar : PropertyGuru Malaysia 


Datuk Seri Vida telah memberikan respon terhadap isu ini dengan mempertikaikan beberapa tuntutan, namun beliau juga menyatakan kesediaan untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Anak beliau, Cik B, yang kini berada di luar negara, turut memberikan pandangan dan menyokong usaha untuk menyelesaikan masalah ini.


Isu ini mendapat perhatian ramai memandangkan imej DSV sebagai seorang usahawan yang sering menonjolkan gaya hidup mewah. Ia menjadi peringatan penting tentang pengurusan kewangan, terutama bagi individu yang terlibat dalam perniagaan berskala besar.


Comments